AMALI KE TIGA
3(A) - FAA (FISH
AMINO ACID)
BAHAN-BAHANNYA :
1. Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 200ml air)
2. Isi ikan atau sisa ikan
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat
CARA-CARA :
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan
proses fermentasi (tindakbalas).
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar
nisbah 1:1.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta
tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan
peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan
melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya
ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.
KAEDAH PENGGUNAAN :
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu
besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
3(B) - FPJ (FERMENTED
PLANT JUICE)
BAHAN-BAHANNYA :
1. Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 200ml air)
2. Sisa sayuran berdaun hijau
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat
CARA-CARA :
1. Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses
fermentasi.
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar
nisbah 1:1.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta
tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan
peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan
melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya
ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FPJ.
KAEDAH PENGGUNAAN :
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu
besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
3(C) - FFJ
(FERMENTED FRUIT JUICE)
BAHAN-BAHANNYA :
1. Gula merah (1kg) (dicairkan
dengan 200ml air)
2. Pisang masak. Jika
boleh,dapatkan kulit pisang yang telah hitam.
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat
CARA-CARA :
1. Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses
fermentasi.
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar
nisbah 1:1.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta
tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan
peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan
melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya
ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.
KAEDAH PENGGUNAAN :
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu
besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
3(D) - KULIT TELUR
(CaP)
BAHAN-BAHANNYA :
1. Kulit telur yang telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven
selama 5 minit.
2. Cuka masak
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat
CARA-CARA :
1. Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses
fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
2. Campurkan bersama cuka kadar nisbah 1:5.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta
tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman
dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas
hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya
ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja CaP.
PEMERHATIAN BERJADUAL
ANALISIS :
1. Mengapakah botol
perlu ditutup dengan kain
agar bahan yang diperam
tidak mudah terdedah kepada serangga
perosak dan benda asing luar selain itu ianya Memudahkan pembebasan gas berlaku
pada bahan yang digunakan
2. Apakah unsur utama
yang terdapat dalam
FAA
|
Nitrogen
|
FPJ
|
Nitrogen
|
FFJ
|
Kalium
|
CaP
|
Kalsium & Fosforus
|
3. Mengapakah gula
merah digunakan dalam pembuatan baja organik.
Untuk mengeluarkan
khasiat-khasiat yang terdapat pada isi ikan dan sisa ikan dan menyebabkan baja
FAA tahan lebih lama.
4. Pemeraman manakah
yang mengeluarkan gas paling awal.
FAA - Fish Amino Acid
5. Pemeraman manakah
yang berubah warna paling cepat.
Fermented Fruit Juice
6. Mengapakah cuka digunakan
dalam pemeraman kulit telur (CaP)
Memudahkan proses
pereputan.
7. Adakah proses
penampaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
Tidak perlu untuk
mempercepatkan proses pereputan.
8. Kesimpulan hasil
daripada FAA, FPJ, FFJ dan Cap.
FAA - Gula merah
menyerap ke dalam isi ikan dan sisa ikan.
FFJ - Menjadi kering
CaP - Kulit telur
sedikit terhakis dan memudarkan warna cuka.
FPJ - Berlendir kerana
penyerapan gula merah keatasnya.