Saturday, December 22, 2018

AMALI KE ENAM : MELAKUKAN TUT PADA TUMBUHAN (POKOK LIMAU PURUT)

Definisi Tut


Tut atau air layering merupakan salah 1 teknik untuk menambahkan bilangan pokok buah-buahan dan tanaman tanpa melalui proses menanam biji benih.  Cara tut tidak akan mengubah kualiti buah dan tumbuhannya dan anak tut akan mempunyai kualiti yang sama dengan induknya.

Peralatan:
  1. Gunting
  2. Pisau
Bahan:
  1. Cable tie
  2. Plastik pembungkus
  3. Serbuk penggalak pengakaran
  4. Tanah campur
Langkah - langkah


1. Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.

2. Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.


3. Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.


4. Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.

5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.

6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.


7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi. 

8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan. Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.

9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu. Tunggu sekitar 4 hingga 8 minggu untuk lihat hasilnya.

10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran




-Selamat Mencuba-

No comments:

Post a Comment

AMALI KE LAPAN : RACUN ORGANIK

Bahan A (kisar): Bawang putih – 1 labu Cili padi – 6 biji Air Hujan – 300 mL (satu cawan biasa) Setelah k...