PENANAMAN BAHAGIAN KHAS
Penanaman bahagian khas ini juga adalah
sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat
berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik adalah sama
dengan induknya. Penanaman bahagian khas ini terbahagi kepada 7 iaitu:
- Pembiakkan mengunakan stolon
- Pembiakkan mengunakan rizom
- Pembiakkan mengunakan bebawang
- Pembiakkan mengunakan ubi
- Pembiakkan mengunakan umbisi
- Pembiakkan mengunakan pembahagian rumpun
- Pembiakkan melalui anak-anak pokok/benih
Pada pertemuan kali ini juga kami
diberi tugasan amali secara individu untuk menanam pada bahagian khas pokok
yang telah diarahkan oleh pensyarah kami. Pokok yang diberi adalah :
- Kunyit
- Bebawang
- Halia bara
- Daun senawang
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Medium semaian (tanah loam, pasir sungai & bahan organik)
- Polybag saiz sederhana
- Sudip tangan
- Gunting Pangkas
- Hormon tumbuhan
BEBAWANG
Mempunyai batang yang pendek,
biasanya itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi
oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan
batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil. Tunas aksil membentuk
bebawang yang baru. Contoh bebawang adalah bawang merah, bawang putih dan pokok
bakong.
Cara-cara penanaman :
- Potong bebawang pada beberapa bahagian
- Keratan yang dipotong tadi dicelup dengan serbuk penggalak akar pada bahagian bawah yang akan ditanam nanti.
- Buat lubang pada tanah yang ada di polybag. Letakkan separuh bahagian bebawang ke dalam lubang dan timbus dengan tanah.
- Siram 2 kali sehari pada awal pagi dan petang
Catit jenis dan jumlah yang di
semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada
tepi polybag.
RIZOM BAGI HALIA BARA DAN KUNYIT
Halia bara akan tumbuh secara
mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana
terdapat buku dan ruas. Pada halia bara ini, terdapat tunas-tunas yang akan
berkembang menjadi batang, akar dan daun. Halia ditanam dengan menggunakan
rizom yang akan mengeluarkan tunas dicelah isinya. Untuk mendapatkan tunas,anda
perlu dapatkan rizom ibu kunyit dan balut dengan menggunakan suratkhabar yang
lembap dan letakkan dikawasan yang teduh dan lembap. Lepas 2-3 minggu, tunas
akan mula keluar. Satu rizom tersebut akan mempunyai banyak tunas, jadi
patah-patahkan risom menjadi beberapa bahagian untuk ditanam dalam kuantiti
banyak.
Medium penanaman Halia bara dan Kunyit
Tanamkan rizom kunyit menggunakan
medium tanaman dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam, 1 bahagian
kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul hingga sekata dan masukkan ke dalam
bekas yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan cocopeat,campuran tanah hitam
dan pasir sebagai media tanaman halia. Gunakan tanah yang longgar dan peroi
untuk pengudaraan dan saliran yang baik dan mengekalkan kelembapan. Untuk semai
diatas batas, pastikan kambus dan gembur tanah terlebih dahulu dan pastikan
tanah lembap.
Cara penanaman halia bara dan
kunyit :
- Ambil tunas yang telah dipatah-patah beberapa bahagian.
- Buat lubang pada tanah yang ada di polybag. Tanam 1 bahagian rizom halia/kunyit ke dalam lubang dan timbus dengan tanah.
- Siram pokok halia/kunyit anda dengan air secukupnya.
- Rizom halia mengambil kira-kira 7 hari hingga 14 hari untuk bercambah.
- Siram 2 kali sehari pada awal pagi dan petang
Jadi anda perlu
sabar sekiranya menanam halia. Apabila tunas pertama muncul halia cepat membesar
dan batang pokoknya mula membanyak. Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan
menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi polybag.
DAUN SETAWAR
Setawar adalah sejenis pokok
herba yang mudah ditanam, cuma perlu menggunakan keratan ranting atau daunnya.
Ia pokok yang senang hidup dan tidak perlu penjagaan rapi. Semasa kerja amali
dijalankan, kami dikehendaki untuk masukkan daun setawar ke dalam buku. Selepas
beberapa hari daun setawar akan mengeluarkan akar dan kemudian kami akan letak
daun-daun ini diatas tanah untuk biarkan ia tumbuh. Cara pembiakannya begitu
mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih
dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini
menyukai tempat yang agak lembap dan redup.
Cara penanaman daun setawar :
- · Daun setawar disimpan di dalam buku sehingga mengeluarkan bebenang akar yang menghasilkan klon.
- · Apabila bebenang akar telah keluar alihkan dain setawar ke dalam polybag yang berisi medium semaian
- · Siram 2 kali sehari pada awal pagi dan petang.
Catit jenis dan jumlah yang disemai
dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi
polybag.
No comments:
Post a Comment