Bahan A
(kisar):
- Bawang
putih – 1 labu
- Cili
padi – 6 biji
- Air Hujan – 300 mL (satu cawan biasa)
Setelah
kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
- Minyak
masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
- Sabun
pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
- Penapis
- Penyembur
– 1.5 L
Cara:
- Tapis
bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal
pokok untuk dijadikan baja
- Simpan
pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
- Masuk 100
mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
- Isi
air penuh botol penyembur (1.5 L)
- Goncang
sehingga semua bahan sebati
- Sembur
sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada
pokok bermasalah.
- Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
PERINGATAN !!!
Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca
Kebun Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya
menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang
cecair racun organik ini pada pokok.
-SELAMAT MENCUBA-
No comments:
Post a Comment