Saturday, December 22, 2018

AMALI EMPAT : KERATAN


PENANAMAN SECARA KERATAN

Pembiakan secara keratan merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat. Pokok boleh dibiakkan melalui banyak cara, antaranya melalui kaedah keratan samada keratan batang ataupun daun. Kelebihan kaedah ini ialah, pokok yang dibiakkan lebih cepat membesar berbanding jika menggunakan kaedah semaian benih. Selain itu, pokok yang terhasil kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk. Sebab itu, kita perlu mengambil keratan dari pokok yang sihat dan mempunyai ciri-ciri yang kita mahu.

Begitu juga dengan kerja amali pada pertemuan seterusnya, dimana kami diberikan tugasan secara individu melakukan kerja amali cara penanaman keratan batang dan daun dengan menggunakan pokok bunga kertas dan pokok lidah mak mertua. Sebelum penanaman keratan batang dan daun dilakukan, kami menyediakan campuran tanah bersama bahan organik iaitu dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1). Setelah itu tanah yang telah dicampurkan, akan dimasukkan ke dalam bekas polybag. Untuk bekas tanaman ini, kami menggunakan polybag yang bersaiz sederhana.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1.       Medium semaian (tanah loam, pasir sungai & bahan organik)
2.       Polybag saiz sederhana
3.       Sudip tangan
4.       Gunting Pangkas
5.       Hormon tumbuhan
6.       Keratan batang (pokok Bunga kertas)
7.       Keratan daun lidah mak mertua

Kaedah penanaman keratan batang :
1.   Ambil keratan yang sudah dipilih daipada pokok yang kita mahu, yang sihat dan bebas penyakit. Ambil keratan yang berdiameter 1-1.5 cm. Seeloknya keratan dipotong waktu pagi atau selepas hujan.
2.    Gunakan pisau atau gunting yang bersih dan tajam semasa membuat kerja-kerja pemotongan keratan. Potong runcing bahagian atas dan rata di bawah.
3.    Celup pangkal keratan batang dengan hormon pengalak akar
4.    Tanam keratan batang terus ke dalam polybag
5.    Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap
6.    Letakkan semaian di tempat yang terlindung

Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi polybag dan pastikan keratan ini di siram setiap hari dua kali sehari pada awal pagi dan petang.


KERATAN BATANG KERAS


Keratan daun boleh di akarkan dan kaedah ini sering di lakukan untuk mengakarkan daun berlendir. Kami pula menggunakan daun lidah mak mertua untuk penanaman daun kali ini. Terlebih dulu, kami dikehendaki untuk memastikan urat daun sebelum daun dipotong menjadi keratan.

Kaedah penanaman keratan daun :

1.     Ambil daun yang sihat dan bebas daripada penyakit atau seranggan serangga perosak;
2.      Letakkan di atas medium penanaman dengan memotong urat daun sepanjang 1cm;
3.   Tekan sedikit daun dengan mengunakan pin ke atas medium penanaman supaya urat daun yang di potong dapat bersentuhan dengan medium penanaman
4.      Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung

Catit dan rekod jenis dan jumlah yang dibiakkan serta catit tarikh pembiakkan dan pastikan keratan  ini di siram setiap hari dua kali sehari pada awal pagi dan petang.


KERATAN DAUN BERLENDIR


Keputusan yang terhasil
  • Dari hasil permerhatian selama 3 minggu, kami mendapati keratan batang telah menghasilkan daun dan berjaya membiak dengan subur manakala keratan daun hanya mengeluarkan akar dan masih dalam proses pembiakan yang sempurna. Manakala ada juga keratan daun menjadi kering dan tidak berjaya.



No comments:

Post a Comment

AMALI KE LAPAN : RACUN ORGANIK

Bahan A (kisar): Bawang putih – 1 labu Cili padi – 6 biji Air Hujan – 300 mL (satu cawan biasa) Setelah k...