Saturday, December 22, 2018

AMALI KE LAPAN : RACUN ORGANIK



Bahan A (kisar):
  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air Hujan – 300 mL (satu cawan biasa)






Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
  1. Penapis
  2. Penyembur – 1.5 L
Cara:
  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  2. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
  3. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  4. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  5. Goncang sehingga semua bahan sebati
  6. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  7. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.


PERINGATAN !!!
Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.

-SELAMAT MENCUBA-

AMALI KE TUJUH : CANTUMAN MATA TUNAS BAGI POKOK GETAH



Definisi Cantuman

Mencantum adalah satu teknik menyelitkan mata tunas pada batang pokok penanti kemudian dibalut menggunakan pita politena jernih. Tujuan mencantum adalah untuk mendapatkan benih pokok cantuman mengikut klon yang dikehendaki.

Cantuman Mata Tunas
  • Pokok penanti berumur di antara 5-8 bulan
  • Saiz batang pokok mencapai 1.25 sm garis pusat.
  • Mata tunas yang di gunakan berumur lebih 5-6 minggu dan dari klon yang terpilih.


Keperluan Dan Peralatan Mencantum
  • Pisau cantum
  • Pita politena lutsinar
  • Gunting dahan
  • Pokok penanti
  • Ranting mata tunas

Teknik Mencantum :

Buatkan tapak cantuman berukuran 2 inci, iaitu 1 inci dari paras tanah. Koyak atau tarikkan sedikit sahaja dahulu tapak cantuman untuk persediaan.


Sediakan kepingan mata tunas yang sama ukuran dengan tapak.

Buka tapak, seterusnya selitkan mata tunas (arah ke atas). 

Tinggalkan sebahagian lidah kulit sahaja dan balut kemas-kemas dengan plastik politena.


Periksa pada hari ke 14, sama ada cantuman berjaya atau tidak. Jika masih hijau menunjukkan cantuman itu berjaya. Jika kering dan berwarna kehitaman bermakna cantuman tidak berjaya.
 
Selepas 21 hari cantuman berjaya, kerat serong bahagian pucuk batang pokok penanti. Pindah ke ladang selepas 3 bulan.




 

AMALI KE ENAM : MELAKUKAN TUT PADA TUMBUHAN (POKOK LIMAU PURUT)

Definisi Tut


Tut atau air layering merupakan salah 1 teknik untuk menambahkan bilangan pokok buah-buahan dan tanaman tanpa melalui proses menanam biji benih.  Cara tut tidak akan mengubah kualiti buah dan tumbuhannya dan anak tut akan mempunyai kualiti yang sama dengan induknya.

Peralatan:
  1. Gunting
  2. Pisau
Bahan:
  1. Cable tie
  2. Plastik pembungkus
  3. Serbuk penggalak pengakaran
  4. Tanah campur
Langkah - langkah


1. Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.

2. Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.


3. Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.


4. Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.

5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.

6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.


7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi. 

8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan. Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.

9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu. Tunggu sekitar 4 hingga 8 minggu untuk lihat hasilnya.

10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran




-Selamat Mencuba-

AMALI LIMA : BAHAGIAN KHAS


PENANAMAN BAHAGIAN KHAS

Penanaman bahagian khas ini juga adalah sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik adalah sama dengan induknya. Penanaman bahagian khas ini terbahagi kepada 7 iaitu:
  • Pembiakkan mengunakan stolon
  • Pembiakkan mengunakan rizom
  • Pembiakkan mengunakan bebawang
  • Pembiakkan mengunakan ubi
  • Pembiakkan mengunakan umbisi
  • Pembiakkan mengunakan pembahagian rumpun
  • Pembiakkan melalui anak-anak pokok/benih

Pada pertemuan kali ini juga kami diberi tugasan amali secara individu untuk menanam pada bahagian khas pokok yang telah diarahkan oleh pensyarah kami. Pokok yang diberi adalah :

  • Kunyit
  • Bebawang
  • Halia bara
  • Daun senawang


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Medium semaian (tanah loam, pasir sungai & bahan organik)
  • Polybag saiz sederhana
  • Sudip tangan
  • Gunting Pangkas
  • Hormon tumbuhan


BEBAWANG

Mempunyai batang yang pendek, biasanya itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil. Tunas aksil membentuk bebawang yang baru. Contoh bebawang adalah bawang merah, bawang putih dan pokok bakong.

Cara-cara penanaman :
  • Potong bebawang pada beberapa bahagian
  • Keratan yang dipotong tadi dicelup dengan serbuk penggalak akar pada bahagian bawah yang akan ditanam nanti.
  • Buat lubang pada tanah yang ada di polybag. Letakkan separuh bahagian bebawang ke dalam lubang dan timbus dengan tanah.
  • Siram 2 kali sehari pada awal pagi dan petang

Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi polybag.




RIZOM BAGI HALIA BARA DAN KUNYIT

Halia bara akan tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada halia bara ini, terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar dan daun. Halia ditanam dengan menggunakan rizom yang akan mengeluarkan tunas dicelah isinya. Untuk mendapatkan tunas,anda perlu dapatkan rizom ibu kunyit dan balut dengan menggunakan suratkhabar yang lembap dan letakkan dikawasan yang teduh dan lembap. Lepas 2-3 minggu, tunas akan mula keluar. Satu rizom tersebut akan mempunyai banyak tunas, jadi patah-patahkan risom menjadi beberapa bahagian untuk ditanam dalam kuantiti banyak.

Medium penanaman Halia bara dan Kunyit

Tanamkan rizom kunyit menggunakan medium tanaman dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul hingga sekata dan masukkan ke dalam bekas yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan cocopeat,campuran tanah hitam dan pasir sebagai media tanaman halia. Gunakan tanah yang longgar dan peroi untuk pengudaraan dan saliran yang baik dan mengekalkan kelembapan. Untuk semai diatas batas, pastikan kambus dan gembur tanah terlebih dahulu dan pastikan tanah lembap.

Cara penanaman halia bara dan kunyit :
  • Ambil tunas yang telah dipatah-patah beberapa bahagian.
  • Buat lubang pada tanah yang ada di polybag. Tanam 1 bahagian rizom halia/kunyit ke dalam lubang dan timbus dengan tanah.
  • Siram pokok halia/kunyit anda dengan air secukupnya.
  • Rizom halia mengambil kira-kira 7 hari hingga 14 hari untuk bercambah.
  • Siram 2 kali sehari pada awal pagi dan petang

Jadi anda perlu sabar sekiranya menanam halia. Apabila tunas pertama muncul halia cepat membesar dan batang pokoknya mula membanyak. Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi polybag.

 



DAUN SETAWAR

Setawar adalah sejenis pokok herba yang mudah ditanam, cuma perlu menggunakan keratan ranting atau daunnya. Ia pokok yang senang hidup dan tidak perlu penjagaan rapi. Semasa kerja amali dijalankan, kami dikehendaki untuk masukkan daun setawar ke dalam buku. Selepas beberapa hari daun setawar akan mengeluarkan akar dan kemudian kami akan letak daun-daun ini diatas tanah untuk biarkan ia tumbuh. Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.

Cara penanaman daun setawar :

  • ·   Daun setawar disimpan di dalam buku sehingga mengeluarkan bebenang akar yang     menghasilkan klon.
  • ·        Apabila bebenang akar telah keluar alihkan dain setawar ke dalam polybag yang berisi medium semaian
  • ·        Siram 2 kali sehari pada awal pagi dan petang.

Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi polybag.







AMALI EMPAT : KERATAN


PENANAMAN SECARA KERATAN

Pembiakan secara keratan merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat. Pokok boleh dibiakkan melalui banyak cara, antaranya melalui kaedah keratan samada keratan batang ataupun daun. Kelebihan kaedah ini ialah, pokok yang dibiakkan lebih cepat membesar berbanding jika menggunakan kaedah semaian benih. Selain itu, pokok yang terhasil kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk. Sebab itu, kita perlu mengambil keratan dari pokok yang sihat dan mempunyai ciri-ciri yang kita mahu.

Begitu juga dengan kerja amali pada pertemuan seterusnya, dimana kami diberikan tugasan secara individu melakukan kerja amali cara penanaman keratan batang dan daun dengan menggunakan pokok bunga kertas dan pokok lidah mak mertua. Sebelum penanaman keratan batang dan daun dilakukan, kami menyediakan campuran tanah bersama bahan organik iaitu dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1). Setelah itu tanah yang telah dicampurkan, akan dimasukkan ke dalam bekas polybag. Untuk bekas tanaman ini, kami menggunakan polybag yang bersaiz sederhana.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1.       Medium semaian (tanah loam, pasir sungai & bahan organik)
2.       Polybag saiz sederhana
3.       Sudip tangan
4.       Gunting Pangkas
5.       Hormon tumbuhan
6.       Keratan batang (pokok Bunga kertas)
7.       Keratan daun lidah mak mertua

Kaedah penanaman keratan batang :
1.   Ambil keratan yang sudah dipilih daipada pokok yang kita mahu, yang sihat dan bebas penyakit. Ambil keratan yang berdiameter 1-1.5 cm. Seeloknya keratan dipotong waktu pagi atau selepas hujan.
2.    Gunakan pisau atau gunting yang bersih dan tajam semasa membuat kerja-kerja pemotongan keratan. Potong runcing bahagian atas dan rata di bawah.
3.    Celup pangkal keratan batang dengan hormon pengalak akar
4.    Tanam keratan batang terus ke dalam polybag
5.    Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap
6.    Letakkan semaian di tempat yang terlindung

Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam label yang di simpan pada tepi polybag dan pastikan keratan ini di siram setiap hari dua kali sehari pada awal pagi dan petang.


KERATAN BATANG KERAS


Keratan daun boleh di akarkan dan kaedah ini sering di lakukan untuk mengakarkan daun berlendir. Kami pula menggunakan daun lidah mak mertua untuk penanaman daun kali ini. Terlebih dulu, kami dikehendaki untuk memastikan urat daun sebelum daun dipotong menjadi keratan.

Kaedah penanaman keratan daun :

1.     Ambil daun yang sihat dan bebas daripada penyakit atau seranggan serangga perosak;
2.      Letakkan di atas medium penanaman dengan memotong urat daun sepanjang 1cm;
3.   Tekan sedikit daun dengan mengunakan pin ke atas medium penanaman supaya urat daun yang di potong dapat bersentuhan dengan medium penanaman
4.      Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung

Catit dan rekod jenis dan jumlah yang dibiakkan serta catit tarikh pembiakkan dan pastikan keratan  ini di siram setiap hari dua kali sehari pada awal pagi dan petang.


KERATAN DAUN BERLENDIR


Keputusan yang terhasil
  • Dari hasil permerhatian selama 3 minggu, kami mendapati keratan batang telah menghasilkan daun dan berjaya membiak dengan subur manakala keratan daun hanya mengeluarkan akar dan masih dalam proses pembiakan yang sempurna. Manakala ada juga keratan daun menjadi kering dan tidak berjaya.



AMALI KETIGA : BAJA ORGANIK


AMALI KE TIGA

3(A) - FAA (FISH AMINO ACID)
 BAHAN-BAHANNYA :
1. Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 200ml air)
2. Isi ikan atau sisa ikan
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat

CARA-CARA :
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi (tindakbalas).
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.

KAEDAH PENGGUNAAN :
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.




3(B) - FPJ (FERMENTED PLANT JUICE)
 BAHAN-BAHANNYA :
1. Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 200ml air)
2. Sisa sayuran berdaun hijau
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat

CARA-CARA :
1. Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FPJ.

KAEDAH PENGGUNAAN :
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.












3(C) - FFJ (FERMENTED FRUIT JUICE)
BAHAN-BAHANNYA :
1.  Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 200ml air)
2.  Pisang masak. Jika boleh,dapatkan kulit pisang yang telah hitam.
3.  Botol plastik
4.  Kain penutup
5.  Pengikat

CARA-CARA :
1. Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.

KAEDAH PENGGUNAAN :
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.





3(D) - KULIT TELUR (CaP)
 BAHAN-BAHANNYA :
1. Kulit telur yang telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven selama 5 minit.
2. Cuka masak
3. Botol plastik
4. Kain penutup
5. Pengikat

CARA-CARA :
1. Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
2. Campurkan bersama cuka kadar nisbah 1:5.
3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kain. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau atau digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja CaP.



 
PEMERHATIAN BERJADUAL




ANALISIS :

1. Mengapakah botol perlu ditutup dengan kain
agar bahan yang diperam tidak mudah  terdedah kepada serangga perosak dan benda asing luar selain itu ianya Memudahkan pembebasan gas berlaku pada bahan yang digunakan

2. Apakah unsur utama yang terdapat dalam
FAA
Nitrogen
FPJ
Nitrogen
FFJ
Kalium
CaP
Kalsium & Fosforus

3. Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik.
Untuk mengeluarkan khasiat-khasiat yang terdapat pada isi ikan dan sisa ikan dan menyebabkan baja FAA tahan lebih lama.

4. Pemeraman manakah yang mengeluarkan gas paling awal.
FAA - Fish Amino Acid

5. Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat.
Fermented Fruit Juice

6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman kulit telur (CaP)
Memudahkan proses pereputan.

7. Adakah proses penampaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
Tidak perlu untuk mempercepatkan proses pereputan.

8. Kesimpulan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan Cap.


FAA - Gula merah menyerap ke dalam isi ikan dan sisa ikan.

FFJ - Menjadi kering

CaP - Kulit telur sedikit terhakis dan memudarkan warna cuka.

FPJ - Berlendir kerana penyerapan gula merah keatasnya.




AMALI DUA: KEPERLUAN CAMBAHAN


Tajuk : keperluan percambahan

BAHAN DAN ALATAN 
piring petri/bekas plastic, kapas, biji benih, air didih yang telah disejukkan
sediakan set radas seperti jadual berikut :
masukkan 10 biji benih setiap radas
semua radas disiram /renjis dengan air kecuali radas B2
perhatikan percambahan biji benih setiap hari
catatkan keputusan selepas 3 hari

set pertama
Kaedah untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletak di atas meja tanpa dilembapkan
Air
B1
Dilembabkan dengan air seperti biasa
Oksigen
C1
Dilembapkan di dalam air yang telah didihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas meja
suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan

Set kedua
Kaedah untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan
Oksigen
C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja
suhu
D2
Diletakkan diaras meja pada suhu bilik selepas dilembapkan

KEPUTUSAN 

Murni


A1



B1


C1


D1




A2


B2


C2


 D2


Nurfaizah 




A1


B1


C1


D1


A2

B2

C2
  
D2

fahimah

set 1
set 2



1. Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
 Untuk membebaskan oksigen dalam air

2. Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
Kekurangan atau terlebih siraman air
Menggunakan kaedah percambahan yang salah

3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
Berdasarkan pemerhatian selama 3 hari didapati percambahn biji benih boleh berlaku tanpa kehadiran cahaya, kerana rada A2 yng disimpan didalam laci menunjukkan percambahan yang paling cepat berlaku kerana dengan adanya kehadiran oksigen dan suhu yang sesuai . manakala bagi radas yang lain, percambahan juga berlaku  adalah kehadiran air dengan kuantiti yang sederhana, oksigen, suhu yang sesuai iaitu suhu bilik dan sumber cahaya matahari yang minimal.

4. Kirakan peratusan percambahan biji benih dalam bekas C2
MURNI
NURFAIZAH
NURFAHIMAH

  3 biji    x 100%
12 biji

=25%


  4 biji      x 100%
12 biji

=33.33%

  3 biji      x 100%
10 biji

=30%




·        

AMALI KE LAPAN : RACUN ORGANIK

Bahan A (kisar): Bawang putih – 1 labu Cili padi – 6 biji Air Hujan – 300 mL (satu cawan biasa) Setelah k...